awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong akauntan disyaki rasuah direman 7 hari

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2023
02:40 MYT
Penolong akauntan disyaki rasuah direman 7 hari
Perintah reman terhadap wanita berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Seorang penolong akauntan sebuah agensi Kerajaan Negeri Pahang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah tersebut selepas suspek wanita berusia 42 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini.
Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan suspek ditangkap di pejabat SPRM Pahang di Kuantan, pada jam 3.30 petang semalam.
Suspek didakwa meminta bayaran dari seorang pemilik bengkel bagi mempercepatkan tuntutan bayaran untuk kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan di bengkel tersebut.
Dia didakwa menerima wang rasuah dari RM50 sehingga RM2,500 antara April 2021 dan Februari 2022 dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM41,768.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, di bawah Seksyen 24 akta sama, jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#penolong akauntan
#Kerajaan negeri Pahang
#Rasuah
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan