awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO
BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar
RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong Pegawai MAINS maut dihempap pokok di Kuala Pilah

Bernama
Bernama
08/10/2025
02:40 MYT
Penolong Pegawai MAINS maut dihempap pokok di Kuala Pilah
Muhammad Nawawi Husin maut selepas kereta dinaikinya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sawah Lebar- Sungkak, Kuala Pilah semalam.
KUALA PILAH: Penolong Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Jempol maut selepas kereta dinaikinya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sawah Lebar- Sungkak, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Muhammad Mustafah Hussin berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.20 malam semasa mangsa, Muhammad Nawawi Husin, 38, dalam perjalanan dari Jempol menghala ke Seremban.
"Apabila sampai di tempat kejadian, sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta Perodua Viva dinaiki mangsa. Semasa kejadian cuaca dalam keadaan baik.
"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Sementara itu, MAINS di laman Facebook rasminya mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Nawawi yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penolong Pegawai MAINS
#Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
#maut dihempap pokok
#Muhammad Nawawi Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan