IPOH: Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata wanita berusia 30 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan itu tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kira-kira 4.30 pagi satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah ambulans yang dipandu lelaki berusia 41 tahun melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipandu lelaki berumur 32 tahun di laluan sebelah kiri.
"Semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan balik dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur ke Ipoh setelah selesai menghantar pesakit, manakala treler tersebut dalam perjalanan dari Klang, Selangor menghala ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barangan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Naim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Mohd Naim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar Polis Tapah

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Kemalangan UUM: KPT tidak memandang ringan keselamatan semua universiti - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan memandang ringan terhadap semua universiti susulan pelajar siswi maut melibatkan dua buah bas di UUM, Kedah pada Sabtu.

Lelaki maut kereta dipandu terlibat nahas dengan lori di Rembau
Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 242 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini hari ini.

Lelaki maut dilanggar treler di Gua Musang
Seorang lelaki berusia 33 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di Kilometer 37 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Kes sesak nafas di Lenggong: Seorang warga Indonesia kritikal
Seorang mangsa yang merupakan lelaki warga Indonesia berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.

Dua penunggang maut motosikal bertembung
Dua penunggang maut selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Kutan, Tumpat, semalam.

Mayat warga emas ditemukan di sungai
Mayat seorang warga emas lelaki ditemukan dalam keadaan mereput di sungai berhampiran Rumah Pam Sungai Raja, dekat sini, hari ini.

Maradona tidak sepatutnya dirawat di rumah, menderita 12 jam sebelum kematian
Hasil bedah siasat terhadap Maradona, didedahkan buat kali pertama pada Khamis semasa perbicaraan terhadap tujuh doktor dan jururawat yang merawatnya.

Berang tidur terganggu, budak 6 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam karung
Suspek yang dipercayai berang apabila tidurnya diganggu mangsa telah bertindak menampar dan kemudian mencekik kanak-kanak itu hingga mati.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan - Saifuddin Nasution
Lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.