awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pengarah, pembantu tadbir universiti ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2019
23:39 MYT
Penolong pengarah, pembantu tadbir universiti ditahan SPRM
Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat menerima suapan bernilai lebih RM30,000 daripada pemilik syarikat pengiklanan sebagai balasan memilih dan mengesyor syarikat itu bagi kerja pembekalan dan percetakan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu termasuk seorang penolong pengarah sebuah universiti di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih RM30,000 pada Selasa.
Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan bersama-sama seorang pembantu tadbir kanan berusia 47 tahun di Pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.45 malam selepas mereka hadir memberi keterangan.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek telah bersubahat menerima suapan bernilai lebih RM30,000 daripada pemilik syarikat pengiklanan sebagai balasan memilih dan mengesyor syarikat itu bagi kerja pembekalan dan percetakan di universiti tersebut.
Sumber berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM dijangka mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#Alias Salim
#Mahkamah Majistret
#pembantu tadbir
#pembekalan
#penolong pengarah
#percetakan
#Rasuah
#reman
#Selangor
#shah alam
#siasatan
#SPRM
#suapan
#suspek
#syarikat pengiklanan
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan