awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penswastaan perlu utamakan kebajikan pekerja - PM Anwar

Amirul Aiman
Amirul Aiman
09/09/2024
04:50 MYT
Penswastaan perlu utamakan kebajikan pekerja - PM Anwar
Perdana Menteri Anwarmenegaskan, kejayaan penswastaan bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan, tetapi juga melalui kebajikan pekerja. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kejayaan penswastaan bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan, tetapi juga melalui kebajikan pekerja.
Beliau berkata, perhatian khusus harus diberikan kepada keadaan upah, terutama bagi pekerja di peringkat rendah.
“Kedua, perumahan mereka. Ketiga, pendidikan mereka, termasuk pendidikan anak-anak pekerja. Hal-hal ini mesti diberi perhatian,” katanya semasa berucap pada majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030)
Tambah beliau, tanggungjawab menyediakan perumahan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan, manakala kebajikan pekerja mesti diutamakan dalam proses penswastaan.
Menurut Anwar, konsep ekonomi yang mampan adalah yang memberi perhatian kepada aspek kognitif manusia dan memastikan kesejahteraan pekerja terjamin.
“Barulah konsep ekonomi yang prihatin dan mampan dapat direalisasikan, kerana kemampanan bukan hanya tentang keuntungan dan kelestarian.
“Ia merangkumi aspek yang mengangkat martabat insan itu sendiri," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penswastaan
#kebajikan pekerja
#ekonomi mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan