awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentaksiran tahun empat perlu bagi keadilan kepada murid – Pakar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/01/2026
00:45 MYT
Pentaksiran tahun empat perlu bagi keadilan kepada murid – Pakar
Pentaksiran yang kini dikenali sebagai Matriks Pembelajaran memberi penekanan khusus kepada penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semula pentaksiran berpusat di tahun empat sekolah rendah di bawah Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan tiada murid tercicir daripada menguasai kemahiran asas pendidikan.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Anuar Ahmad, pentaksiran berkenaan bukan bertujuan dijadikan peperiksaan atau untuk mengenal pasti murid paling cemerlang, sebaliknya berfungsi sebagai mekanisme keadilan dalam sistem pendidikan.
Beliau berkata, persepsi ibu bapa terhadap pentaksiran di peringkat sekolah rendah perlu diperbaharui kerana tujuan sebenar pentaksiran berpusat itu adalah untuk membantu murid, bukan mewujudkan tekanan.
Katanya, pentaksiran yang kini dikenali sebagai Matriks Pembelajaran memberi penekanan khusus kepada penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
“Pentaksiran kebangsaan di peringkat sekolah rendah ini sepatutnya bertujuan memastikan tidak ada murid yang keciciran, tidak ada murid yang terlepas pandang sehingga mereka naik ke tingkatan satu masih tidak mahir membaca, menulis dan mengira.
"Tujuan utama pentaksiran ini adalah untuk memberi keadilan kepada murid-murid supaya tiada yang keciciran. Fokus kita dari tahun satu, tahun dua, tahun tiga termasuk tahun empat adalah memastikan semua anak-anak menguasai 3M dengan baik dan berkualiti supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa," katanya di program AWANI Pagi pada Rabu.
Beliau menjelaskan, dalam sistem pendidikan yang menghimpunkan murid daripada latar belakang berbeza termasuk bandar, luar bandar serta keluarga miskin dan kaya, satu bentuk pentaksiran kebangsaan amat diperlukan bagi memastikan tiada murid terlepas pandang.
Tambah beliau, penempatan pentaksiran di Tahun empat adalah lebih sesuai berbanding di hujung persekolahan rendah kerana ia tidak dilihat sebagai peperiksaan berimpak tinggi seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini, sebaliknya membolehkan intervensi awal dilaksanakan sebelum murid melangkah ke sekolah menengah.
Topic Berkaitan
#pentaksiran
#sekolah rendah
#Matriks Pembelajaran
#3M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami