awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak buat laporan polis, syak tiga lembu dibaham harimau

Bernama
Bernama
10/08/2024
11:17 MYT
Penternak buat laporan polis, syak tiga lembu dibaham harimau
Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu diternaknya mati dibaham harimau. - Gambar hiasan/Bernama
BANDAR PERMAISURI: Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu yang diternaknya mati dibaham harimau di Kampung Tapah, Langkap Baru dekat Sungai Tong, di sini minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Mohd Zain Mat Dris berkata wanita berusia 47 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis lepas.
"Pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa lepas, wanita berkenaan menyedari tentang kejadian itu ketika ke kandang ternakannya dan mendapati tiga bangkai lembu miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata siasatan awal telah dijalankan pihaknya di lokasi kejadian, disertai wanita tersebut dan penduduk kampung.
Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lembu dibaham harimau
#Langkap Baru
#penternak buat laporan polis
#Setiu
#Perhilitan
#bangkai lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan