awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai

Bernama
Bernama
03/07/2024
15:37 MYT
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Shamsul Anuar berkata majlis itu juga berperanan mengiktiraf kompetensi dan profesionalisme Pegawai Pemulihan bagi melaksanakan tugas rawatan serta pemulihan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata majlis itu juga berperanan mengiktiraf kompetensi dan profesionalisme Pegawai Pemulihan bagi melaksanakan tugas rawatan serta pemulihan.
"Majlis juga menentukan syarat atau kriteria yang melayakkan Pegawai Pemulihan atau pengamal perubatan berdaftar untuk melaksanakan tugas rawatan dan pemulihan.
"Ahli majlis terdiri daripada pakar dalam bidang rawatan perubatan serta rawatan dan pemulihan penagihan dadah daripada pihak swasta dan kerajaan," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata penubuhan majlis itu melibatkan peruntukan seksyen baharu iaitu Seksyen 27C.
Shamsul Anuar juga berkata rang undang-undang itu yang mengandungi 29 Fasal, merangkumi aspek perundangan lebih komprehensif dan tersusun bagi membolehkan rawatan serta pemulihan sewajarnya dapat diberikan dengan lebih cepat kepada penagih atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan.
Beliau berkata Fasal 18 rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Seksyen 16 bagi menambah baik peruntukan berhubung pusat pemulihan persendirian untuk rawatan pemulihan dan jagaan lanjutan penagih dadah.
Shamsul Anuar berkata ia memberi punca kuasa kepada Menteri untuk melulus atau membatalkan pendaftaran pusat pemulihan persendirian kepada mana-mana individu, organisasi, badan atau kumpulan.
"Melalui pindaan ini, denda tidak melebihi RM500,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang menyedia, mengendali atau melaksanakan apa apa perkhidmatan tanpa kelulusan Menteri.
"Selain itu, denda tidak kurang RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat oleh Menteri," katanya.
Setakat 31 Dis lepas, terdapat 55 pusat pemulihan persendirian berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dengan jumlah penghuni atau klien yang mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah ialah seramai 3,145 orang.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#penagih dadah
#pusat pemulihan
#AADK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan