KUALA LUMPUR: Penubuhan tribunal yang termaktub dalam Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun, selepas ia diluluskan di Dewan Negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata AGS 2021 akan dibentangkan di Dewan Negara bulan hadapan.
"Kita dalam proses yang pertama nak kena luluskan (Rang Undang-undang AGS 2021 di Dewan Negara), kedua dari segi kita nak tubuhkan tribunal ini ada perjawatan baharu yang perlu diminta daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, dan kita sedang adakan perbincangan.
"Tetapi berkaitan rang undang-undang ini, ia boleh dikuatkuasakan mengikut fasal-fasal tertentu... ia tak semestinya kena semua dah lengkap baru kita kuatkuasakan. Kita tengok dulu fasal mana yang perlu kita kuatkusakan dahulu sebagai contoh advokasi, program pemahaman kesedaran tentang isu (gangguan seksual) kepada rakyat... mungkin akan ambil masa dalam setahun lebih kurang begitu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi penerangan Rang Undang-undang AGS 2021 Menteri Bersama Media di sini, hari ini.
Rina berkata AGS 2021 adalah bersifat sivil dan aduan gangguan seksual yang diterima akan dijalankan menerusi prosiding tribunal.
Katanya pendengaran setiap aduan gangguan seksual yang diterima akan dijalankan secara tertutup, bagi menjaga sensitiviti dan kerahsian pengadu bagi menggalakkan lebih ramai yang akan tampil membuat aduan.
"Kita tiada akta khusus melibatkan AGS, mungkin kalau ada pun Kanun Keseksaan (Akta 574) selain Akta Komunikasi atau akta di bawah Kementerian Sumber Manusia... tetapi hari ini kita lihat ramai dalam kalangan wanita, bila kita tanya dan buat kajian mereka (mengakui) diganggu secara seksual, tetapi tidak tampil membuat laporan kerana faktor fobia, takut, segan dan bahan pembuktian berat.
"Dengan adanya AGS 2021 ini, kita mahu dari segi kesedaran, pendidikan kepada masyarakat bahawa gangguan seksual ini tidak sesekali dinormalisasikan, ia bukan budaya dan tidak harus dianggap remeh atau perkara kecil. AGS 2021 yang kita perkenalkan ini secara tidak langsung beri mereka persekitaran selamat, bukan sahaja di tempat kerja tetapi di tempat awam," katanya.
Berdasarkan soal selidik awam kementerian berkaitan AGS 2021 ke atas 416 responden, 87.5 peratus menyatakan akan melaporkan isu gangguan seksual kepada tribunal ini kelak, katanya.
Justeru, Rina berkata pihaknya akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bersama badan bukan kerajaan dan pihak berkaitan bagi memberi pemahaman dan penerangan tentang gangguan seksual.
Terdahulu, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian itu, Chua Choon Hwa dalam sesi penerangannya berkata di bawah Fasal 20, perintah yang boleh dibuat oleh tribunal ialah responden perlu mengeluarkan pernyataan permohonan maaf kepada pengadu, dan jika gangguan seksual dilakukan di khalayak ramai, responden perlu menyiarkan permohonan maaf kepada pengadu dalam apa-apa cara.
"Perintah yang boleh dikeluarkan termasuklah responden perlu membayar pampasan atau ganti rugi (tidak melebihi RM250,000) bagi kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu," katanya.
Chua berkata tribunal adalah platform alternatif kepada pengadu yang menjadi mangsa gangguan seksual, untuk mengemukakan aduan dan mendapatkan pembelaan.
"Tetapi pengadu juga boleh membuat aduan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu. Mengenai perintah yang dikeluarkan oleh tribunal, sekiranya responden merasakan ketidakaturan yang serius atau tidak adil terhadap perintah dikenakan ke atasnya, dia boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Rina berkata AGS 2021 akan dibentangkan di Dewan Negara bulan hadapan. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.