awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan unit khas beri impak positif banteras jenayah pornografi kanak-kanak

Bernama
Bernama
24/02/2023
22:30 MYT
Penubuhan unit khas beri impak positif banteras jenayah pornografi kanak-kanak
Acryl Sani berkata pihaknya mengalukan-alukan unit khas tersebut dan akan turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengesan pelaku yang terlibat. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penubuhan unit khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi impak positif dalam usaha membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mengalukan-alukan unit khas tersebut dan akan turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengesan pelaku yang terlibat.
"Selain itu, PDRM menghargai peruntukan sebanyak RM10 juta sebagai geran pengoperasian bagi mengukuhkan peranan National Scam Response Centre (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian atau scam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan penubuhan sebuah unit khas dalam membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak selain peruntukan lain yang bakal dinikmati warga PDRM.
Selain itu, beberapa peruntukan menerusi Belanjawan 2023 akan dinikmati warga PDRM iaitu perolehan 2,100 unit kamera badan, pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan kuarters polis baharu dengan kos RM450 juta.
Acryl Sani berkata PDRM akan memastikan peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 dimanfaat sepenuhnya bagi memelihara ketenteraman dan keamanan negara dalam membangun Malaysia MADANI.
Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan RM18.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri bagi terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#Belanjawan 2023
#pornografi kanak-kanak
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan