awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia

Amirul Aiman
Amirul Aiman
09/09/2024
23:45 MYT
Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.
Pemergian Raja Petra disahkan oleh adiknya kepada portal berita FMT.
"Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK," katanya dalam mesej ringkas kepada FMT.
Allahyarham dilahirkan pada 27 September 1950 dan dikenali dengan nama singkatannya, RPK.
Raja Petra merupakan pengendali laman web Malaysia Today, yang terkenal dengan ulasan dan artikel politik Malaysia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Raja Petra menetap di Manchester.
Walaupun berada di luar negara, beliau terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.
Topic Berkaitan
#Raja Petra Kamarudin
#Raja Petra meninggal dunia
#penulis blog
#blogger Raja Petra
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan