awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang basikal maut digilis treler selepas terlanggar lubang

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2025
10:25 MYT
Penunggang basikal maut digilis treler selepas terlanggar lubang
Seorang penunggang basikal warga Singapura maut apabila digilis treler selepas terjatuh terlanggar lubang di Jalan Gunung Pulai, di sini pada pagi Sabtu. -Foto IPD Kulai
KULAI: Seorang penunggang basikal maut dalam keadaan menyayat hati apabila digilis treler selepas terjatuh akibat melanggar lubang di Jalan Gunung Pulai, di sini, pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang penunggang basikal warga Singapura maut selepas terjatuh akibat melanggar lubang dan digilis treler di Jalan Gunung Pulai, Kulai pada pagi Sabtu.
  • Mangsa berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan insiden ini mencetuskan perbincangan awam mengenai keselamatan penunggang basikal di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun yang merupakan warga Singapura disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Mangsa berbasikal bersama tiga lagi rakannya. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa terlanggar lubang lalu terjatuh ke atas jalan.
“Pemandu treler, lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan ke Singapura untuk menghantar muatan batu, tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-306 3710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai,” katanya.
Sebelum itu, tular sebuah video memaparkan insiden tersebut yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai berhubung tahap keselamatan penunggang basikal di jalan raya, khususnya di kawasan rekreasi seperti Gunung Pulai. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang basikal maut
#maut digilis treler
#Jalan Gunung Pulai
#langgar lubang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan