awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus

Bernama
Bernama
15/06/2023
08:09 MYT
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Semalam, Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil memberi maklumat membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hal itu susulan penunggang motosikal yang melawan arus yang menjadi punca kemalangan berkenaan masih belum dapat dikesan.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan untuk mengenal pasti penunggang motosikal yang melawan arus itu.
Sementara itu, Mohd Azam berkata bedah siasat jenazah mangsa kemalangan berkenaan Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, sedang dijalankan di bahagian Forensik Hospital Ampang.
Semalam, Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.
Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ducati
#suke
#polis buru suspek
#lawan arus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan