awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2023
03:45 MYT
Penunggang motosikal ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis
Tangkap layar video tular seorang penunggang motosikal cuba lari daripada anggota URB di Jalan Permai-Taman Sedeli. -Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang penunggang motosikal yang bertindak melarikan diri ketika diarahkan berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Permai-Taman Sedeli pada Jumaat berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 tengah hari ketika anggota URB terserempak dengan lelaki berusia lingkungan berusia 20-an yang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran bahagian depan dan belakang.
Menurutnya, penunggang telah diarahkan berhenti tetapi bertindak melarikan diri ke Kampung Teluk Jeri sehingga terbabas di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.
"Pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek dilakukan anggota URB tidak menjumpai apa-apa barang salah.
"Suspek dibawa ke balai polis kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin," katanya dalam kenyataan pada Sabtu
Dalam pada itu, Hussin berkata, tiga saman telah dikeluarkan ke atas suspek di bawah kesalahan topi keledar dan nombor pendaftaran.
Sebelum itu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan kejadian kejar-mengejar membabitkan anggota URB dan suspek pada Jumaat. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Unit Rondaan Bermotosikal
#URB
#Jalan Permai-Taman Sedeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan