awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal mabuk rempuh anggota polis trafik

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2015
03:24 MYT
Penunggang motosikal mabuk rempuh anggota polis trafik
Ujian alkohol ke atas lelaki berusia awal 30-an itu mengesahkan, dia di bawah pengaruh alkohol yang tinggi. - Foto Astro AWANI
Seorang anggota polis trafik cedera selepas dirempuh seorang penungang motosikal yang mabuk di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, malam tadi.
Ujian alkohol ke atas lelaki berusia awal 30-an itu mengesahkan, dia di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Nadzri Hussain berkata, kejadian itu berlaku apabila lelaki berkenaan menunggang motosikalnya dalam keadaan laju dan cuba mengelak daripada ditahan sebelum ia merempuh anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berkenaan.
"Berhubung kejadian rempuh ini, penunggang itu didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan telah ditangkap bagi membantu siasatan.
"Anggota polis trafik yang dirempuh itu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan." katanya ditemui selepas mengetahui operasi bersepadu Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Menurutnya, menerusi operasi yang dijalankan ini, pihak polis trafik mengesan beberapa kes penunggang motosikal dan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Pemeriksaan awal ke atas lima penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta mendapati mereka dikesan mengambil alkohol melebihi had. Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan alkohol kedua," katanya.
Nadzri berkata, operasi selama empat jam bermula 10 malam itu memberi tumpuan kepada penunggang motosikal yang merupakan penyumbang terbesar kepada kemalangan maut.
"Polis yakin, operasi yang berterusan mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, khususnya yang membabitkan penunggang motosikal.
Dalam operasi berkenaan, 188 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
18 motosikal turut disita kerana cukai jalan tamat tempoh dan penunggangnya tiada lesen memandu.
Topic Berkaitan
#Bangsar
#mabuk
#Nadzri Hussain
#polis
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan