awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
10/06/2023
04:10 MYT
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 pagi itu turut menyebabkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 pagi itu turut menyebabkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan.
Manakala dua buah kereta jenis Marcedes Benz dan Perodua Myvi termasuk dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Avantis turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah.
Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin turut mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada jam 1.26 pagi.
Pasukan penyelamat bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut melakukan kerja pembersihan di lokasi selepas kejadian.
Terdahulu tular di media sosial berlakunya kejadian puting beliung di perairan Pulau Pinang pada awal pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#penunggang motosikal maut
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan