awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar lori muatan tembikai

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/03/2021
23:23 MYT
Penunggang motosikal maut langgar lori muatan tembikai
Sejumlah 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru berjaya mengeluarkan motosikal mangsa. - Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas melanggar sebuah lori dengan muatan tembikai.
Kemalangan berlaku di Kilometer 157 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, di sini, kira-kira jam 7.20 malam pada Sabtu.
Mohamad Heri Hero Mazari Roslan, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Nahas Jalan Raya | Maut langgar lori muatan tembikai
Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perasing selepas mengambil motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja milik bapanya, di Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
Lori terbabit yang dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu pula dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
Mangsa gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri tempat duduk penumpang lori sebelum terhumban ke jalan raya.
Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru berjaya mengeluarkan motosikal mangsa.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal
#maut
#Lori
#Mohamad Heri Hero Mazari Roslan
#Bandar Cheneh Baru
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan