awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut, pemandu kereta parah dilanggar tanker

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/02/2024
02:40 MYT
Penunggang motosikal maut, pemandu kereta parah dilanggar tanker
Seorang penunggang motosikal maut, manakala, pemandu kereta parah dilanggar tanker di Kilometer 101.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Sungai Petani, malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Perjalanan pulang ke rumah seorang pekerja kilang berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan selepas dilanggar sebuah tanker di Kilometer 101.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada malam Isnin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda Vario sedang bergerak lurus di lorong kecemasan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak di lorong kecemasan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta Proton Waja yang berhenti untuk memberi bantuan kepada sebuah kenderaan yang rosak.
“Akibat daripada pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terlanggar pemandu kereta Proton Waja yang ketika itu berada di luar kenderaan mengakibatkan penunggang motosikal terjatuh di lorong kiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Zaidy berkata, sebuah tanker yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa bersama motosikalnya.
Katanya, akibat pelanggaran itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Waja berusia 39 tahun itu parah di kepala dan patah kaki.
Mayat penunggang motosikal di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) utuk bedah siasat dan pemandu kereta turut dibawa ke bahagian kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal maut
#pemandu kereta parah
#dilanggar tanker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan