awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut, putus tangan dalam kemalangan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
09/02/2020
15:42 MYT
Penunggang motosikal maut, putus tangan dalam kemalangan
Polis berkata ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang. - Foto ihsan PDRM
Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala pecah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengahari tadi.
Dalam kejadian pada jam 12.35 tengah hari itu, mangsa, Muhamad Fadhli Abdul Rahim, 30, yang berasal dari Lorong Pendekar Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang lori.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Kawasaki KLE650-E yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori yang berhenti untuk memasuki simpang kanan.
“Mangsa dipercayai menunggang motosikal terlalu laju dan tidak sempat menekan brek apabila motosikalnya berada terlalu hampir dengan belakang lori.
"Akibat rempuhan itu, tangan kanan mangsa terputus dan tersangkut pada besi pagar lori terbabit, manakala pemandu lori, Mohd Mustapha Mat Daud, 54 berasal dari Kampung Pek, Machang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Jalan Gua Musang
#kemalangan maut
#kemalangan motosikal
#Kuala Krai
#Lorong Pendekar Kampung Semat Jal
#Muhamad Fadhli Abdul Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan