awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda

Aida Aziz
Aida Aziz
12/05/2024
23:00 MYT
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, pada Ahad.
IPOH: Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 5.45 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dari arah Simpang Pulai menghala ke Gunung Rapat.
"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi kiri jalan.
"Kepala mangsa terkena tiang papan tanda sebelum terjatuh di jalan raya," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.
Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi proses bedah siasat.
Justeru, menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).
Abang Zainal Abidin turut meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013- 6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal maut
#langgar pembahagi jalan
#papan tanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan