awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terlanggar tapir

Bernama
Bernama
30/09/2022
02:25 MYT
Penunggang motosikal maut terlanggar tapir
Dalam kejadian di KM17 Jalan Seremban-Kuala Pilah itu, tapir yang dilanggar motosikal itu turut mati dan bangkainya diserahkan kepada Perhilitan negeri. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor tapir yang secara tiba-tiba melintas jalan raya di KM17 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira 11.15 malam ketika lelaki berusia 33 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda RS150 seorang diri dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh tapir terbabit sebelum dia tercampak ke tepi jalan.
"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.
Amran berkata tapir berkenaan turut mati di lokasi kejadian dan bangkainya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.
Beliau berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Seremban-Kuala Pilah
#tapir melintas jalan
#penunggang motosikal maut
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan