awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal warga emas maut dilanggar lori

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2024
07:00 MYT
Penunggang motosikal warga emas maut dilanggar lori
Keadaan motosikal mangsa. Gambar kanan: Kemalangan di Jalan Kamunting, Taiping menyebabkan seorang penunggang motosikal maut. -Foto: ihsan pembaca
TAIPING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Kamunting dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, maklumat berkaitan kemalangan terbabit diterima pada jam 11.50 pagi melibatkan penunggang motosikal berusia 64 tahun dan lori dipandu lelaki berusia 44 tahun.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan dari arah sama menghala ke Changkat Larah telah berhenti di lampu isyarat terbabit.
"Ketika lori ingin memulakan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman," katanya di sini.
Menurut beliau, pemandu terbabit telah turun untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati telah melanggar motosikal mangsa.
"Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Tindakan diambil apabila pemandu terbabit dibawa menjalani ujian saringan air kencing serta alkohol dan hasilnya keputusan adalah negatif," katanya.
Mohamad Nasir berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#warga emas
#maut dilanggar lori
#Jalan Kamunting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan