awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang RXZ maut kemalangan di Gerik

Bernama
Bernama
23/08/2025
03:30 MYT
Penunggang RXZ maut kemalangan di Gerik
Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya bertembung sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam. - Gambar ihsan IPD Gerik
IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya bertembung sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Samad Othman berkata, mangsa Roziman Abu Aziz, 36, dari Baling, Kedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik.
"Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila motosikal mangsa dari arah Gerik ke Jeli hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
"Mangsa kemudiannya melanggar bahagian kanan bampar treler jenis Volvo dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Samad berkata bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan dalaman pada abdomen akibat kemalangan.
Beliau berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kejadian berlaku semasa mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ 7.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang RXZ maut
#Jalan Raya Timur Barat
#gerik-jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami