awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan jalan di Seberang Jaya sempena sambutan Maulidur Rasul

Bernama
Bernama
03/09/2025
09:20 MYT
Penutupan jalan di Seberang Jaya sempena sambutan Maulidur Rasul
Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihat merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan polis di lokasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Beberapa jalan di Seberang Jaya ditutup pada Jumaat ini, dari 7 hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ringkasan AI
  • Beberapa jalan di Seberang Jaya akan ditutup pada Jumaat ini dari 7 hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.
  • Perarakan bermula dari Kompleks Kastam Seberang Jaya dan berakhir di Dewan Wisma al-Ansar, Masjid al-Muhajirin melibatkan jarak 1.5 kilometer.
  • Polis menasihatkan orang awam merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang perarakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata jalan terlibat ialah Jalan Perpustakaan, Lebuh Tenggiri 2, Jalan Tenggiri menuju ke Bulatan Siakap dan Jalan Siakap ke Masjid al-Muhajirin di Seberang Jaya.
"Sambutan akan dimulakan dengan perarakan dari Kompleks Kastam Seberang Jaya dan berakhir di Dewan Wisma al-Ansar, Masjid al-Muhajirin melibatkan jarak 1.5 kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi menasihatkan orang awam dan pengguna jalan raya merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan polis di lokasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
Beliau turut memohon kerjasama semua agar menjaga keselamatan dan ketenteraman sepanjang perarakan berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seberang Jaya
#tutup jalan
#Maulidur Rasul
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan