KUALA LUMPUR: Penyambungan semula sepenuhnya perjalanan darat antara Malaysia dan Singapura akan memangkinkan aktiviti perniagaan bukan sahaja untuk industri pelancongan yang telah terjejas teruk, malah memberikan dorongan kuat untuk pemulihan ekonomi pasca-COVID-19.
Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), langkah itu akan mempertingkatkan perdagangan luar dan pekerjaan, sekali gus menyumbang kepada unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus.
"MITI berperanan penting dalam memudahkan pergerakan tenaga kerja dan rakyat antara Malaysia dan Singapura yang terganggu akibat pandemik global," jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menyedari keperluan untuk mempercepatkan pembukaan semula sempadan, Jawatankuasa Pemandu Bersama yang dipengerusikan bersama oleh MITI dengan rakan sejawatan Singapura telah ditubuhkan untuk berusaha ke arah penyambungan semula perjalanan sempadan darat secara beransur-ansur, selamat, sistematik dan mampan, tambahnya.
MITI menjelaskan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL-Darat) antara Malaysia dan Singapura, yang dilancarkan pada 29 Nov, 2021 telah memudahkan pergerakan rentas sempadan tanpa kuarantin dan lancar bagi hampir 125,000 pengembara dengan menyepadukan protokol kesihatan, keselamatan dan pelepasan imigresen.
Ia membawa kepada penyambungan semula hubungan dua hala dan ekonomi secara beransur-ansur antara Malaysia dan Singapura yang begitu penting dalam usaha memacu usaha pemulihan ekonomi, jelasnya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, pengembara yang menerima vaksinasi lengkap dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang tidak divaksin sepenuhnya dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke kedua-dua negara tanpa perlu menjalani protokol ujian dan kuarantin.
Pengembara boleh melakukan perjalanan antara kedua-dua negara melalui pengangkutan darat tanpa penilaian kesihatan sempadan dan tidak lagi terhad kepada kuota terhad.
MITI menekankan bahawa VTL-Darat merupakan asas bagi usaha masa depan untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan serta pemulihan ekonomi.
Ia juga telah membolehkan pemulihan sosial dengan meneruskan atau mewujudkan semula mata pencarian, serta menghubungkan kembali mereka yang terpisah dengan orang tersayang akibat pandemik sekali gus pulang ke rumah dan bertemu kembali keluarga, menurutnya.
Kementerian itu menekankan bahawa penyambungan semula sepenuhnya perjalanan akan meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Singapura ke arah pertumbuhan lebih rancak dan pemulihan ekonomi yang mampan bagi kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Langkah pembukaan sempadan boleh menyumbang kepada unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus. - Gambar fail/Reuters
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaiknya hari ini seiring peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Selesa, dekat Masjid Nabawi, mesra OKU untuk jemaah muassasah
Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) antara ciri-ciri tiga tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
#AWANI745
#AWANI745
Kajian UNICEF: Pemulihan ketara pascapandemik COVID-19, namun kemiskinan masih ketara
Penyampai Astro AWANI, Dzulfitri Yusop memberi perincian mengenai tinjauan Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan Berulang Tentang Impak Kos Sara Hidup PascaPandemik Terhadap Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Kuala Lumpur yang dijalankan Unicef. Antara hasil tinjauan ialah pendpatan isi rumah semakin melonjak, namun kadar kemiskinan masih ketara.
#AWANI745
#AWANI745
“Faisal tersenyum, renungan mata masih sama, positif" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.
Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran
Mohamad menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika; produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan.
Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin
Kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
Malaysia bersedia bincang dengan AS berhubung kebimbangan penghantaran minyak dari Iran - Fahmi
Fahmi bagaimanapun tidak akan mengulas panjang lebar mengenai isu itu memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa Peguam Negara
Azalina berkata kajian itu antara lain untuk membuat rujukan amalan terbaik dalam usaha mengenal pasti model sesuai bagi Malaysia.
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.