KUCHING: Sarawak telah dipilih sebagai destinasi lawatan pelancong sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2022 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hujung minggu ini, (9 dan 10 April).
Semasa pameran itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bersama-sama 20 rakan industrinya akan mempamerkan mengenai tarikan budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival (CANFF) Sarawak, daripada aktiviti riadah hinggalah pakej pelancongan yang akan memacu adrenalin.
Ia termasuk aktiviti mengunjungi rumah panjang tradisional, menyelam, berkayak dan mendaki gunung.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor dalam kenyataan hari ini berkata penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara kerana semua pemain industri di negeri ini sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk menikmati keunikan tersendiri dimiliki Sarawak.
"Kami berbesar hati dipilih sebagai destinasi pilihan untuk MATTA Fair buat kali ketiga. Sebagai pratonton kepada pengunjung tentang keunikan yang Sarawak tawarkan, reka bentuk gerai pameran kami akan diilhamkan daripada seni bina Muzium Budaya Borneo yang baru dibuka, dan terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di Asia Tenggara yang merupakan destinasi wajib dikunjungi di Sarawak," katanya.
"Ia (MATTA Fair) adalah penting untuk pemulihan industri dan menandakan kita akan kembali mengharungi kehidupan normal, yang merupakan suatu langkah ke hadapan yang menarik. Industri ini perlu pulih dan kembali memacu perniagaan, serta ia adalah peluang terbaik untuk mempamerkan apa dapat ditawarkan Sarawak dan Malaysia," kata Sharzede.
Antara tarikan unik yang telah dipakejkan termasuk berbasikal pada malam hari sekitar bandar raya Kuching, menerokai pusat warisan Bung Jagoi, sebuah perkampungan Bidayuh lama yang ditubuhkan lebih 150 tahun lalu, melawat perkampungan pesisir pantai Sarawak dan Taman Negara Mulu, tapak Warisan UNESCO.
Di gerai Sarawak bernombor 4051-4071 berhampiran pintu masuk utama WTC Hall 4, pengunjung berpeluang menyertai teka-teki bertemakan Sarawak untuk membawa pulang hadiah unik seperti beg tangan kecil kaum Penan, bakul anyaman rotan asli atau kalungan manik.
Sempena Ramadan, STB juga akan memberikan Kek Lapis dan Bubur Pedas, menu tradisi tempatan orang Melayu Sarawak yang lazimnya dihidangkan semasa berbuka puasa.
Pengunjung ke gerai itu juga akan dihiburkan dengan himpunan muzik asli Sarawak oleh kumpulan muzik dunia kontemporari tradisional, At Adau, serta pelbagai persembahan tarian dan muzik oleh Majlis Kesenian Sarawak (SAC).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara. - Gambar fail

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.

Sarawak galakkan pembinaan bangunan hijau - Abang Johari
Pemaju hartanah di negeri ini digalakkan untuk membina bangunan berasaskan Indeks Bangunan Hijau (GBI), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.

Sarawak bina loji ammonia berbanding loji metanol kedua - Abang Johari
Beliau telah meminta Sarawak Petchem untuk mengkaji semula cadangan loji metanol kedua berikutan Sarawak telah mempunyai loji untuk menghasilkannya.

Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas
Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di negeri ini, dengan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dijangka membuat kemasukan beras import 13,000 hingga 15,000

Sarawak jadi tuan rumah Kongres Air Sedunia pada 2028 - Abang Johari
Kongres berkenaan dijangka menarik 10,000 peserta dari 80 negara dan ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Tun Taib kembali ke Kuching
Tun Abdul Taib Mahmud sebelum ini bercuti di ibu negara Turki tersebut sejak dua bulan lalu, sebelum menjalani prosedur rawatan lanjutan kanser usus yang pernah dihidapinya.

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.

Sarawak terima RM4.46 bilion, peruntukan tertinggi Jendela - Fahmi
Sarawak telah menerima peruntukan berjumlah RM4.46 bilion di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk meningkatkan liputan kesalinghubungan dan perkhidmatan internet di negeri itu.

Kerajaan diminta tumpukan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak
Bung Moktar berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih.