SUBANG JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang penyampai berita yang menyifatkan tindakan anggota polis sebagai kasar, sombong dan tidak profesional semasa menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan USJ 9, Subang Jaya pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seorang anggota polis telah membuat laporan selepas melihat satu artikel, kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu.
"Artikel yang disyaki ditulis oleh penyampai berita itu telah dimuat naik di sebuah portal bahasa Inggeris tempatan berkaitan pemeriksaan polis terhadap seorang lelaki tempatan berusia 30-an kira-kira jam 1.30 pagi di kediamannya.
“Setelah membaca artikel tersebut, pengadu mendapati ia adalah tidak benar dan menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara amnya serta Polis Subang Jaya secara khususnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Wan Azlan berkata, artikel tersebut telah menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak puas hati dengan tindakan polis yang kasar, sombong, tidak profesional semasa menjalankan tugas.
"Selain itu, dia mendakwa anggota polis itu tidak membenarkan dirinya bertanyakan soalan selain tidak meminta maaf selepas menjalankan pemeriksaan," katanya
Beliau berkata, pengadu telah menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut mengikut undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan.
“Hasil semakan dapati lelaki tersebut tiada sebarang rekod jenayah dan laporan polis pemeriksaan dibuat selepas kejadian.
“Siasatan akan dibuat secara terperinci dan akan memanggil penulis serta lain-lain saksi seawal minggu hadapan,” katanya.
Tambah Wan Azlan, kes disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589).
“Justeru itu, orang ramai diminta supaya lebih prihatin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dalam usaha mencegah jenayah.
"Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah atau salah laku pihak polis boleh tampil menyalurkan maklumat melalui nombor telefon 03-78627100 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 17 2024
Wan Azlan berkata, seorang anggota polis telah membuat laporan selepas melihat satu artikel, kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Penyampai berita disiasat dakwa polis sombong, kasar
Polis menafikan dakwaan seorang penyampai berita yang menyifatkan tindakan anggota polis sebagai kasar, sombong dan tidak profesional.