awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/01/2025
03:00 MYT
Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Penyanyi wanita Kelantan dan lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di Golok pada 1 November lalu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk perbicaraan hari ini. - Foto Sinar Harian
NARATHIWAT (Thailand): Penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di Golok pada 1 November lalu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini untuk perbicaraan pada Selasa.
Kesemua mereka tiba pada jam 9.10 pagi menaiki trak.
Setakat ini ahli keluarga enam rakyat Malaysia itu masih belum kelihatan.
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular Kelantan antara enam individu yang dipercayai ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Kesemua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Enam suspek itu kemudian ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Narathiwat
#penyanyi wanita Kelantan
#rakyat Malaysia
#pil kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan