awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyasaran subsidi bahan api tidak jejas subsidi asal dinikmati nelayan - LKIM

Bernama
Bernama
03/10/2025
20:30 MYT
Penyasaran subsidi bahan api tidak jejas subsidi asal dinikmati nelayan - LKIM
Muhammad Faiz (dua, kanan) menyampaikan replika cek bantuan sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi PNK Muar, Mohd Nur Hakim Simon (dua, kiri) pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama Nelayan Muar pada Jumaat. - Gambar Bernama
MUAR: Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api tidak menjejaskan subsidi asal yang dinikmati kira-kira 112,000 nelayan berdaftar di seluruh negara ketika ini.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, sebaliknya, golongan nelayan turut mendapat faedah tambahan menerusi inisiaitif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang membantu mengurangkan kos perjalanan mereka untuk ke stesen minyak.
"Sebab bagi pemilik bot yang menggunakan enjin petrol, mereka perlu ke stesen minyak untuk membeli minyak. Jadi dengan penjimatan yang kerajaan lakukan hari ini pada harga RM1.99 seliter, ia mengurangkan kos operasi dan perjalanan nelayan itu sendiri. Ini sepatutnya meningkatkan produktiviti ataupun pengeluaran ikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra MADANI Pengerusi LKIM yang turut menyaksikan penyerahan dua unit set janakuasa kepada Persatuan Nelayan Muar menerusi Bantuan Geran Pembangunan dan Pemerkasaan pada Jumaat.
Ketika ini, pemilik bot berdaftar menerima manfaat Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan pada harga RM1.65 seliter selain Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM300 sebulan.
Sementara itu, beliau berkata, golongan nelayan digalak untuk menceburi bidang penternakan ikan, sama ada air tawar atau laut menerusi projek akuakultur yang kini menjadi cabang baharu dalam meningkatkan bekalan ikan.
"Hasil laut ini lama kelamaan makin berkurangan. Kebanyakan kawasan pesisir ketika ini terlibat dengan pembangunan yang melibatkan aktiviti tambak laut yang boleh menjejaskan kawasan tangkapan nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI95
#subsidi
#RON95
#LKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan