awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2023
07:23 MYT
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing mendakwa, penyebaran video itu adalah tindakan sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung penyebaran video kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menyalah guna kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
King Sing menerusi video berdurasi 4 minit 29 saat yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Jumaat menjelaskan, akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
Beliau turut mendakwa, penyebaran video itu adalah tindakan sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.
"Kenapa orang imigresen takut sangat orang tular gambarnya. Punca tular ini saya boleh sahkan 100 peratus daripada Imigresen sendiri kerana saya berada dalam pejabat imigresen," katanya.
Kekecohan Di KLIA: SPRM siasat dakwaan wujud unsur rasuah
BACA: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA
BACA: King Sing akui terlibat kekecohan, dakwa dedah budaya rasuah di KLIA
Beliau berkata, dalang yang mengambil dan menyebarkan video berkenaan perlu disiasat dengan segera kerana menyebarkan berita yang tidak benar.
"Saya mahu satu siasatan lengkap. Periksa gambar viral itu daripada telefon siapa dan saya minta SKMM melakukannya serta pegawai ini disiasat.
"Kenapa dia melakukannya, kenapa buat berita tidak tepat, buat tuduhan fitnah. Adakah mahu selamatkan segelintir pegawainya," tegasnya.
Mengulas lanjut mengenai kejadian, wanita warga China yang ditahan mengakui ada pegawai berpangkat yang meminta bayaran untuk dibebaskan.
“Ada pegawai minta wang RM3,000 dan bayar proses visa sebanyak RM12,000, ini bukan undang-undang daripada Kerajaan Perpaduan.
“Saya juga difahamkan kalau mereka bayar tol ini, mereka boleh melalui lorong khas dan ini masalah yang timbul,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pihaknya memohon jasa baik Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyiasat perkara berkenaan.
“Saya juga mahu semua pihak berganding bahu mempertahan imej dalam memajukan ekonomi negara,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menteri buat kecoh
#KLIA
#Tiong King Sing
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan