KUALA LUMPUR : Seorang penyelia pasar raya berdepan ugutan penyebaran video onani selepas diperdaya menerusi aplikasi sosial Line.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Vijaya Rao Samachulu berkata, mangsa lelaki berusia 23 tahun itu dikatakan telah berkenalan dengan seorang wanita pada 22 Oktober lalu sebelum diugut seorang lelaki.
“Mangsa telah dihubungi seorang lelaki tidak dikenali menggunakan nombor telefon sama sebelum mengugut mangsa untuk membayar sejumlah wang bagi memadam gambar tersebut.
“Suspek mendakwa mempunyai gambar dan video mangsa dalam keadaan tidak berpakaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Vijaya menjelaskan, modus operandi sindiket berkenaan menggunakan wanita bagi memperdaya mangsa.
“Apabila mangsa melayari laman sesawang tersebut, suspek akan menghubungi mangsa dalam panggilan video dan meminta mangsa melakukan onani atau perbuatan lucah.
“Suspek akan merakam perbuatan mangsa sebelum membuat panggilan ugutan,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, polis telah menerima sebanyak 35 laporan melibatkan pemerasan video bogel sepanjang tahun ini dan telah membuat sebanyak 18 tangkapan.
Siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengenai sindiket terbabit.
Hilmi Malik
Fri Oct 29 2021
Mangsa akan diperdaya seorang wanita menerusi laman sesawang berkenaan sebelum menerima panggilan ugutan dari seroang lelaki menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Vijaya Rao Samachulu. - Gambar hiasan
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Polis tahan lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh
Polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.
Penyelia pasar raya terima ugutan penyebaran video onani - PDRM
Seorang penyelia pasar raya berdepan ugutan penyebaran video onani selepas diperdaya menerusi laman sesawang aplikasi Line.
Lelaki panik diugut bayar RM3,000 untuk elak video onani disebar
Lelaki berkenaan dikatakan telah membuat panggilan video bersama seorang wanita warga asing yang dikenali menerusi aplikasi sosial.
Didakwa cabul pelakon wanita, YouTuber direman dua hari
Insiden berlaku ketika mangsa yang juga pelakon dalam sebuah drama pendek arahan suspek menginap berseorangan di inap desa berkenaan.
Kontroversi alat perangsang seks wanita di CES 2019
Setiap tahun, Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) Amerika Syarikat menganugerah Trofi Teknologi Paling Berinovasi kepada mana-mana syarikat yang berjaya menghasilkan produk berinovasi tinggi.
Peminat bola sepak Jerman kantoi beronani ketika perlawanan
Seorang peminat bola sepak Jerman telah ditahan selepas dia ditangkap 'melancap' sambil menonton pertembungan Bundesliga.
Padah cari kepuasan beronani guna perut ikan, zakar lelaki dijangkiti parasit
Ikan yang digunakan adalah jenis Ikan Pemancing atau Anglerfish yang merupakan ikan pemangsa yang ditemui di laut dalam.
Lelaki onani dalam pesawat dibelasah, ditahan
Seorang lelaki diserang bertubi-tubi oleh penumpang dan ditahan anak kapal selepas didapati beronani dalam pesawat penerbangan Gol Airlines.
Selamba beronani dalam lif, pemandu van didakwa
Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.
Pelajar lelaki intai gadis sambil onani ditahan polis, rakaman CCTV tersebar
Aksinya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam keadaan berbogel, telah dirakam CCTV yang dipasang di rumah mangsa.