PUTRAJAYA: Saintis Kanan di Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia Dr Annie Chai Wai Yeeng memenangi kategori Next ASEAN Innovator pada Anugerah Kecemerlangan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ASEAN-ROK Ke-4 2022 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan semalam memaklumkan kejayaan itu berdasarkan penyelidikan Chai dalam mengenal pasti gabungan ubat sinergistik dalam model kanser Asia yang unik menerusi pengaplikasian pembelajaran mesin.
Pengaplikasian pembelajaran mesin itu bagi kaedah pengiraan dalam ramalan gabungan ubat sinergistik menggunakan gabungan skrin penting CRISPR/Cas9, genomik dan data pemeriksaan ubat, terutamanya bagi kanser kepala dan leher (HNC) yang berasal dari Asia.
"Beliau dianugerahkan hadiah wang tunai US$12,000 (kira-kira RM52,600) dan dijemput menghadiri Program Latihan STI ASEAN-ROK selama seminggu bermula 27 Nov hingga 3 Dis lepas di Seoul, Korea Selatan serta diberi peluang membentangkan dan berkongsi hasil kerja beliau.
"Anugerah tersebut telah diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Republik Korea (ROK) melalui Kementerian Sains dan ICT (MSIT), ROK dan Science and Technology Policy Institute (STEPI) pada 1 Dis," menurut kenyataan itu.
Anugerah berkenaan yang dikelolakan kerajaan Korea Selatan melalui MSIT dengan sokongan STEPI dan ASEAN itu bertujuan menggalakkan penglibatan saintis dan jurutera muda dalam penyelidikan sains, teknologi dan inovasi (STI) serta mengiktiraf pencapaian akademik dan profesional para saintis serta jurutera dalam kalangan warga ASEAN.
Menurut MOSTI ini adalah kali kedua penyelidik Malaysia memenangi anugerah itu selepas Dr Nur Hafizah Abd Khalid memenanginya pada 2020 pada edisi kedua anugerah tersebut.
"Pencapaian ini diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi menyemarakkan lagi minat dalam kalangan institusi penyelidikan dan penyelidik negara untuk berusaha ke arah penyelesaian yang inovatif dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan dengan memanfaatkan STI," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Annie Chai (kanan) dianugerahkan hadiah wang tunai US$12,000 dan dijemput menghadiri Program Latihan STI ASEAN-ROK selama seminggu di Seoul. - Foto Facebook ASEAN
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.