NATIONAL
Penyelidik USM terima pengiktirafan global kaedah rawatan kanser lidah

Profesor Madya Dr Gokula Kumar Appalanaido bersama pasukannya telah dianugerahkan 'Sijil Abstrak Pencapaian Tinggi' (Top-Scoring Abstract Certificate). - Gambar/ USM
GEORGE TOWN: Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) meraih pengiktirafan antarabangsa atas penemuan kaedah rawatan baharu yang mengekalkan fungsi organ bagi pesakit kanser lidah menerusi pendekatan Hybrid HDRIBT followed by IMRT (HyBIRT), pada pertemuan European Society for Radiotherapy and Oncology (ESTRO) 2025 yang berlangsung di Vienna, Austria, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Profesor Madya Dr Gokula Kumar Appalanaido dari USM menerima pengiktirafan antarabangsa atas penemuan kaedah rawatan baharu untuk kanser lidah, dikenali sebagai Hybrid HDRIBT followed by IMRT (HyBIRT), di pertemuan ESTRO 2025 di Vienna.
- Penyelidikan Dr Gokula dan pasukannya dianugerahkan 'Sijil Abstrak Pencapaian Tinggi', menempatkan mereka dalam lima peratus teratas kertas pembentangan terbaik di peringkat global.
- Kejayaan ini menunjukkan kemajuan signifikan dalam rawatan brakiterapi dan radioterapi di Malaysia, dengan USM diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan oleh BrachyAcademy.
"Pengiktirafan ini juga memperlihatkan USM mendahului bidang penyelidikan dan rawatan lanjutan berkaitan kanser, terutamanya dalam bidang brakiterapi (brachytherapy).
"USM juga merupakan antara beberapa institusi di dunia yang telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan berprestij bagi rawatan brakiterapi kanser kepala dan leher oleh BrachyAcademy, sebuah organisasi saintifik yang berpengkalan di Belanda," menurut kenyataan itu.
Ahli pasukan lain yang terlibat dalam penemuan dan pembangunan kaedah HyBIRT di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) termasuklah pakar bedah Profesor Madya Dr Yusri Musa, Dr Ahmad Fakrurrozi Mohamad, Dr Jasmin Jalil dan Profesor Madya Dr Mohd Zahri Abdul Aziz.
USM memaklumkan kejayaan penemuan itu mencerminkan kemajuan klinikal yang signifikan dalam pengaplikasian rawatan brakiterapi dan radioterapi yang dibangunkan serta dilaksanakan di Malaysia, dan kini dikenali serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami