awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan semakin meningkat

Bernama
Bernama
12/07/2023
09:16 MYT
Penyertaan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan semakin meningkat
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal (tengah) ketika hadir merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejururawatan kali ketiga anjuran Kulliyyah Kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Penyertaan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan menunjukkan trend peningkatan bermula 2015, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Beliau berkata rekod menunjukkan hanya seorang pelajar lelaki mengikuti pengajian semasa penubuhan Kulliyyah Kejururawatan UIAM pada Jun 2004, namun kini jumlah mereka adalah sebanyak 15 peratus daripada 523 penuntut.
"Trend ini menunjukkan kita mempunyai keupayaan untuk melatih jururawat lelaki sebaik jururawat perempuan selain permintaan terhadap mereka di fasiliti kesihatan juga semakin meningkat.
"Penuntut lelaki juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kejururawatan seperti konvokesyen tahun lepas, yang mana penuntut terbaik adalah lelaki," katanya.
Dzulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kejururawatan kali ketiga anjuran Kulliyyah Kejururawatan UIAM di sini hari ini.
Sementara itu, Dekan Kulliyyah Kejururawatan UIAM Prof Madya Dr Muhammad Kamil Che Hasan berkata permintaan terhadap jururawat lelaki lebih diperlukan dalam beberapa disiplin kesihatan terutamanya yang melibatkan kekuatan fizikal.
"Sebagai contoh mereka diperlukan di dewan bedah dan di wad yang memerlukan penjagaan kepatahan tulang dan di kecemasan. Jadi permintaan dalam disiplin ini lebih tinggi berbanding wad lain," katanya.
Dr Muhammad Kamil berkata walaupun kerjaya jururawat sering dikaitkan dengan wanita, masyarakat kini semakin terbuka menerima jururawat lelaki terutamanya selepas mengetahui skop tugasan kerjaya itu yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.
Persidangan dua hari bermula hari ini, yang bertemakan 'Future Global Direction in Nursing and Midwifery for Sustainable Healthcare Workforce' disertai 200 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.
Penganjurannya bertujuan bagi menghimpunkan pengamal dan pakar bidang kejururawatan untuk mengetengahkan idea, inovasi serta membentangkan hasil kajian dan penyelidikan terkini dalam bidang tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat lelaki
#trend meningkat
#kerjaya jururawat
#Persidangan Antarabangsa Kejururawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan