awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong PN pakai lilitan kepala #AbahTabah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/03/2023
01:35 MYT
Penyokong PN pakai lilitan kepala #AbahTabah
Antara penyokong Tan Sri Muhyiddin yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional itu, hari ini.
KUALA LUMPUR: Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) mula berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7.30 pagi.
Sebahagian daripada memakai baju berwarna putih tertera gambar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memakai kain lilit kepala dengan tanda pagar AbahTabah.
Kata-kata sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu turut dilaungkan dan kedengaran semakin kuat sebaik Muhyiddin tiba di mahkamah.
Selain penyokong, turut hadir di luar mahkamah ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Muhyiddin tiba di kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.40 pagi tadi bagi menghadapi tuduhan berkaitan Jana Wibawa.
Sebaik tiba, Muhyiddin dan beberapa pemimpin PN terus memasuki bangunan mahkamah memandangkan proses pendakwaan dijadualkan bermula pada jam 9 pagi.
Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Turut kelihatan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Md Jidin dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin Yassin didakwa
#Jana Wibawa
#Pengerusi Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan