awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyu agar betina ditemukan mati di Pantai Kijal

Bernama
Bernama
26/05/2025
13:00 MYT
Penyu agar betina ditemukan mati di Pantai Kijal
Pang berkata mengikut maklumat pemajak, penyu tersebut dipercayai mati dalam sehari dua lepas berdasarkan keadaan kepala dan badannya yang masih elok. - Jabatan Perikanan Terengganu
CHUKAI: Seekor penyu agar betina dianggarkan seberat 100 hingga 130 kilogram ditemukan mati di pantai Teluk Batu, Kijal di sini kira-kira 2.30 petang semalam.
Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Pang Nyukang berkata bangkai penyu dewasa berukuran 91 sentimeter (cm) panjang dan 76 cm lebar itu ditemukan dalam keadaan terapung di gigi air pantai oleh pemajak telur penyu yang kebetulan sedang memantau kawasan tersebut.
"Kita menerima laporan daripada pemajak pantai Teluk Batu kira-kira 8 malam tadi.
"Bagaimanapun, dia tidak sempat menarik bangkai penyu tersebut kerana saiznya yang besar dan ombak agak kuat," katanya ketika dihubungi.
Pang berkata pihaknya telah menghantar pegawai di daerah Kemaman untuk mengesan bangkai haiwan marin itu tetapi gagal kerana dipercayai telah dihanyutkan air pasang malam tadi.
Beliau berkata mengikut maklumat pemajak, penyu tersebut dipercayai mati dalam sehari dua lepas berdasarkan keadaan kepala dan badannya yang masih elok.
"Bagaimanapun terdapat kesan cedera dipercayai akibat terjerut pukat nelayan di leher," katanya yang turut meminta orang ramai melaporkan segera sebarang penemuan bangkai penyu di kawasan pantai supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#penyu agar
#bangkai haiwan
#gigi air pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan