awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyulitan sandaran WhatsApp kini boleh guna Passkey

Amanz
Amanz
31/10/2025
05:45 MYT
Penyulitan sandaran WhatsApp kini boleh guna Passkey
WhatsApp kini menyokong Passkey untuk menyulitkan sandaran mesej, menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kod kunci sebagai alternatif lebih mudah berbanding kata kunci atau kod 64 digit. -Foto Amanz
Menyulitkan sandaran WhatsApp kini menjadi lebih mudah pagi ini selepas aplikasi dikemas kini untuk menyokong Passkey.

Ringkasan AI
  • WhatsApp kini menyokong Passkey untuk menyulitkan sandaran mesej, menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kod kunci sebagai alternatif lebih mudah berbanding kata kunci atau kod 64 digit.
  • Ciri ini boleh diaktifkan melalui tetapan End-to-end encrypted backup dan akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna.
  • Sokongan Passkey yang diintegrasikan pada Android dan iOS telah lama diminta kerana ia lebih mesra pengguna dan mengurangkan risiko kehilangan akses kepada sandaran mesej.

Mesej yang disandarkan ke awanan boleh dikunci menggunakan sistem Passkey dalam bentuk imbasan cap jari, imbasan wajah atau kod kunci.
Ia adalah sistem lebih mudah berbanding menghafal kata kunci ataupun kod 64 digit yang ditawarkan WhatsApp sebelum ini.
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu pergi ke Settings > Chats > Chat backup > End-to-end encrypted backup.
Menurut WhatsApp, ciri ini akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu dan bulan mendatang.
Sokongan Passkey sudah lama diminta oleh pengguna WhatsApp kerana ia diintegrasikan pada peranti Android dan iOS.
Menghafal kata kunci dan kod 64 digit sebelum ini adalah leceh dan jika terlupa, mesej yang disandarkan tidak boleh diakses selama-lamanya. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Passkey
#menyulitkan sandaran mesej
#cap jari imbasan wajah atau kod kunci
#End-to-end encrypted backup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan