Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan di seluruh negara pada Isnin ini (30 Sept), ditangguhkan ke 7 Okt depan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra semalam.
"Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
"Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 Sept 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 Sept 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Okt 2019 (Isnin).
Sultan Ismail Petra, 69, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi Sabtu dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di Kota Bharu, pada pukul 7.20 malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 28 2019

Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 Sept 2019 ditangguhkan ke 7 Okt 2019. - Gambar hiasan

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Layanan dan perkhidmatan sama jemaah B40, M40, T20 - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semua jemaah haji yang melaksanakan ibadah itu dibawah pakej muassasah akan diberi layanan dan perkhidmatan yang sama. Meskipun terdapat perbezaan jumlah bayaran bagi kelas pendapatan yang berbeza, itu hanyalah kerana perbezaan kemampuan setiap jemaah.

Satu formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata formula baharu mengenai bayaran haji yang ditanggung oleh jemaah haji diperlukan untuk memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji secara menyeluruh.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Tragedi Halloween Itaewon: Korea Selatan berkabung kenang mangsa
Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin.

Ratu Elizabeth II mangkat: India isytihar 11 Sept hari perkabungan negara
India mengisytiharkan 11 Sept (Ahad) sebagai hari perkabungan negara susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang
61 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, dan 26 orang telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.

Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung
Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.

10 maut, 44 cedera dalam nahas bas selepas pemandu tertidur
Pemandu bas berkenaan terlelap seketika sekaligus mengakibatkan nahas pada awal pagi Ahad itu.

Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari
Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas Presiden Benigno "Noynoy" Aquino III.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Putera Philip disenangi rakyat dan pelajar antarabangsa - Pelajar Malaysia
SUSULAN kematian Putera Philip pada pagi Jumaat, United Kingdom mengumumkan tempoh berkabung selama lapan hari.