KUALA LUMPUR :Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.
Ini kerana menurut Pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian, Pendidikan, UPM, Prof Dr Siti Aishah Hassan, psikologi pelajar itu berubah apabila mereka memikirkan ia sebagai satu permainan.
“Apabila kita memandang perkara itu (peperiksaan utama) sebagai permainan, tidak kira kita ini sama ada ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau guru sekali pun, tahap tekanan itu akan menurun.
“Jadi kalau kita nak berjaya dalam permainan, kita perlu ada persiapan tetapi pada masa sama kita tidak lupa bahawa kita sedang bermain jadi kita akan menghadapinya dengan keseronokan,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan utama bulan depan.
“Jika kita menggunakan pendekatan dengan cara yang berlainan, contohnya kita membuat perbincangan secara santai, ia adalah lebih efektif.
“Jadi saya nasihatkan agar guru-guru tidak menggunakan pendekatan dengan cara yang tertekan dan kita berikan apa yang murid suka jadi mereka akan seronok untuk mengahadapi peperiksaan utama,” ujarnya.
BACA: Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM - PIBGN
Terdahulu, terdapat dakwaan bahawa motivasi pelajar menurun selepas kemungkinan pelajar berputus asa dan hilang keyakinan untuk menghadapi peperiksaan utama bulan depan.
Sebelum ini, KPM meminda tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM ke 22 Februari 2021.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Jan 18 2021

Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar. - Gambar hiasan

Anak jati Perak Arif Sabron terpilih bermain di kelab hoki Butterfly Roma, Itali
Pemain hoki kebangsaan, Arif Sabron terpilih untuk mewakili Kelab Hoki Butterfly Roma, Itali mulai 15 Mac hingga 15 Jun 2021.

Peniaga lega Pasar Sentral Sibu beroperasi kembali
Peniaga Pasar Sentral Sibu kini mampu menarik nafas lega apabila pasar tersebut dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin.

Ibu mohon sekolah benar Muhammad Haikal tatap jenazah ayah buat kali terakhir
Rakaman video berkenaan menjadi tular dan mengundang simpati netizen terhadap calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar itu.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang tidak dilanjutkan, diganti PKPB
PKP 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, tidak akan dilanjutkan, tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Adun Amanah sertai PKR, Anwar dakwa pernah maklum kepada Mat Sabu
Anwar pernah menasihatkan Adun tersebut agar merujuk kepada Mohamad terlebih dahulu.

Jerebu | Beberapa kawasan catat IPU tidak sihat
Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini.

Potong Barisan Vaksin | Jangan Nafikan hak petugas barisan hadapan
Orang ramai di Melaka kesal dengan cubaan sesetengah pihak yang cuba memotong giliran untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Gunung Sinabung | Meletus di Sumatera, sebarkan debu hingga 5km
Indonesia mengalami letusan gunung berapi ketiganya dalam tempoh sebulan. Kali ini Gunung Sinabung di Sumatera Utara, meletus pada kira kira jam 6.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Tumpuan AWANI 7:45 - PN belum ada majoriti | Pembayaran i-Sinar
Pembangkang masih mempunyai nombor diperlukan untuk menguasai Parlimen dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembayaran permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari bermula hari ini. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 dan astroawani.com malam ini.

Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19
Ketiga-tiga pemain terbabit adalah Faisal Saari; Abd Khalid Hamirin (penyerang) serta Shello Silverius (pemain tengah).

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tapir 'ziarah' sekolah ketika pelajar duduki SPM
Suasana bertukar kecoh ketika pelajar SMK Sungai Soi menduduki SPM selepas seekor tapir 'menziarahi' sekolah berkenaan pagi ini.

Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.

Keputusan tarikh SPM bagi pelajar terjejas di Sarawak dibincangkan hari ini - Manyin
Keputusan terhadap pelaksanaan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang melibatkan 428 pelajar dari 32 sekolah di Sarawak akan dibincangkan dalam satu mesyuarat hari ini.

Hari pertama peperiksaan SPM, SVM 2020 berjalan lancar - Radzi Jidin
Hari pertama peperiksaan SPM dan SVM dalam norma baharu bagi 401,105 pelajar di seluruh negara pada Isnin berjalan lancar.

SPM di Perak berjalan lancar di bawah pemantauan polis
Tinjauan di salah sebuah sekolah di sini awal pagi tadi mendapati, peperiksaan berjalan dengan mematuhi SOP dan amalan norma baharu, susulan penularan pandemik COVID-19.

Calon SPM 2020 di Sabah hadir dengan semangat juang pada hari pertama peperiksaan
Selepas mengharungi cabaran pembelajaran dalam talian, mereka hadir dengan semangat juang pada hari pertama peperiksaan tersebut.