Olympea-PacoRabanne-(1).jpgHaruman terbaharu Paco Rabanne ini meneruskan kesinambungannya dalam menghasilkan aroma yang menampilkan ciri kemodenan dengan sedikit sentuhan yang cukup berani. Kemunculan Paco Rabanne Olympéa EDP di pasaran minyak wangi global ibarat menulis lembaran baru buat jenama unggul ini. Sangat feminin! Juga setia kepada nilai-nilai inovatif bagi menyerlahkan aromanya yang tersendiri. Ia ibarat Cleopatra zaman moden dengan penampilan serba anggun ditebari haruman yang mewangi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lalu dinobatkan sebagai ikon hasil kejayaan demi kejayan yang dimiliki. Wangian ini hadir dalam kelalang rona pic yang direka oleh Marc Ange iaitu pereka terkenal dari Rom. Beliau cukup gah di arena ini kerana setiap rekaannya dipandu dek perkara yang nyata juga imaginasi lalu menghasilkan ' buah tangan' cukup berkualiti. Rekaan kelalang Olympéa EDP menyerlahkan sifat kewanitaan dengan sentuhan ek sklusif berkeluk di sisi selain berpenutup menonjol. Setiap ciri yang cuba diterapkan mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan Cleopatra , namun kali ini dalam kisah yang jauh lebih moden dan lebih mewangi. Selamat mencuba!