awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peragut dah kena cekup polis

Sinar Harian
Sinar Harian
09/11/2022
22:45 MYT
Peragut dah kena cekup polis
Rakaman video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal meragut telefon bimbit penumpang sebuah kereta di Jalan Genting Klang, Setapak.- -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang disyaki meragut telefon bimbit seorang penumpang sebuah kereta di Jalan Genting Klang, Setapak di sini ditahan polis selepas rakaman video jenayah berkenaan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam Selasa dan merampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu.
"Ketika kejadian mangsa berada di bahagian penumpang hadapan, kereta yang dinaikinya telah berhenti di lampu isyarat.
"Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut telefon bimbit mangsa ketika cermin tingkap kereta itu dalam keadaan terbuka sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Sebelum itu, tular rakaman video berdurasi tujuh saat yang memaparkan seorang penunggang motosikal meragut telefon bimbit penumpang sebuah kereta di Jalan Genting Klang, Setapak. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Genting Klang
#peragut ditangkap
#ragut telefon bimbit
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan