awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak akan tambah peruntukan pinjaman pendidikan tinggi - MB

Bernama
Bernama
02/09/2018
22:05 MYT
Perak akan tambah peruntukan pinjaman pendidikan tinggi - MB
Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri Perak telah menyerap masuk peranan serta tugas YBU ke dalam Yayasan Perak sesuai dengan tujuan asal penubuhannya iaitu membantu dan meningkatkan ekonomi rakyat negeri itu. - Gambar fail
Kerajaan negeri Perak akan menambah peruntukan bagi pinjaman pendidikan untuk membolehkan lebih ramai anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Tanpa menyatakan secara terperinci, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata jumlah peruntukan itu akan diumumkan pada pembentangan bajet 2018 kerajaan negeri tidak lama lagi.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama kepimpinan mahasiswa Perak di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pada Ahad yang dihadiri kira-kira 200 mahasiswa.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri Perak telah menyerap masuk peranan serta tugas Yayasan Bina Upaya (YBU) ke dalam Yayasan Perak.
Katanya langkah tersebut bertepatan dengan tujuan asal penubuhan Yayasan Perak iaitu membantu dan meningkatkan ekonomi rakyat di negeri itu selain memberi fokus kepada bidang pendidikan.
"Dalam YBU itu sendiri mempunyai pelbagai program seperti program perumahan rakyat miskin, bantuan mikro kredit serta bantuan kotak makanan.
"Jadi setiap program ini akan diwujudkan unit-unit khas di bawah Yayasan Perak," katanya.
YBU yang ditubuhkan pada 2009 diilhamkan oleh Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Zambry Abd Kadir antara lain bertujuan merintis usaha ke arah pembangunan kapasiti masyarakat dan pembasmian kemiskinan di Perak.
Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata kakitangan YBU sedia ada tidak akan diberhentikan sebaliknya mereka dipindahkan ke Yayasan Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#ekonomi
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#kakitangan
#mahasiswa
#Menteri Besar
#pendidikan
#Perak
#peruntukan
#pinjaman
#rakyat
#Yayasan Bina Upaya
#Yayasan Perak
#YBU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan