awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak bantu anak-anak kehilangan ibu bapa akibat COVID-19

Bernama
Bernama
16/11/2021
20:00 MYT
Perak bantu anak-anak kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
WAN NORASHIKIN: Kita telah mengemukakan cadangan (bantuan) ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kini dalam proses untuk kelulusan. -Gambar fail
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan bantuan termasuk biasiswa pendidikan, kelengkapan sekolah dan wang saku bulanan kepada anak-anak negeri ini yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sehingga kini terdapat 155 kanak-kanak termasuk 72 kanak-kanak daripada golongan B40 dikenal pasti telah kehilangan ibu atau bapa akibat wabak tersebut.
"Kita telah mengemukakan cadangan (bantuan) ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kini dalam proses untuk kelulusan.
"Bentuk bantuan bergantung kepada keperluan kanak-kanak itu sebab ada sesetengah mereka dijaga oleh datuk dan nenek atau saudara.
"Bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan berpanjangan, kita akan pertimbangkan kerana apa yang penting kebajikan dan pendidikan mereka tidak diabaikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak 2021 di sini, pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#anak kehilangan ibu bapa
#COVID-19
#Wan Norashikin Wan Noordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan