awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak mara ke separuh akhir bola sepak Sukma 2018

Bernama
Bernama
15/09/2018
21:45 MYT
Perak mara ke separuh akhir bola sepak Sukma 2018
Pemain Wilayah Persekutuan Mohamad Akram Hassan (tengah) diasak pemain Perak Muhd Aizzat Maidin Kotty (kanan) dan Muhd Adib Abdul Raob (kiri) pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 15 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Juara bertahan, Perak layak ke separuh akhir acara bola sepak temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 4-3 di Stadium Perbandaran Manjung, malam tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan Perak bakal membuat perhitungan dengan Sabah pada aksi separuh akhir pada Isnin.
Dalam perlawanan malam tadi, pasukan tuan rumah bermula garang apabila berjaya meledak dua gol pada babak pertama, masing-masing menerusi Muhamad Asyraaf Mat Pushni minit ke-25 dan diikuti tiga minit kemudian oleh Muhammad Alif Safwan Mohd Salahuddin.
Selepas rehat, pasukan Wilayah Persekutuan bimbingan Mohd Khalid Shahdan bagaimanapun enggan memberi laluan mudah kepada Perak, apabila Tan Yung Hong berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-62.
Perak kembali menjarakkan kedudukan apabila Muhammad Alif Safwan sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-74.
Wilayah Persekutuan hampir memusnahkan impian Perak untuk mara ke separuh akhir setelah menyumbat dua gol untuk menyamakan kedudukan, masing-masing menerusi David John Bapist dan Azman Chuhu pada minit ke-85 dan 90.
Muhammad Alif Rieza Naharuddin menjadi penyelamat Perak dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-120 masa tambahan.
Sementara itu, Terengganu akan bertemu Kedah pada perlawanan separuh akhir selepas berjaya mengatasi Perlis 2-1 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Gol Terengganu dijaringkan Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali pada minit ke-37 dan Mohamad Ridzuan Mohd Razali pada minit ke-71 manakala gol Perlis dijaringkan oleh Muhammad Redzwan Hasrin pada minit ke-8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#manjung
#Perak
#Sabah
#Separuh Akhir
#sukan
#SUKMA
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan