awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak negeri pertama beri geran veteran tentera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2017
05:24 MYT
Perak negeri pertama beri geran veteran tentera
MOHD ANWAR: Selain geran RM100,000 yang diberikan kepada PVATM Perak, kerajaan negeri turut memberi geran RM3,000 kepada setiap 44 cawangan persatuan di seluruh Perak.
Perak menjadi negeri pertama yang memberi geran tahunan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).
Perkara ini didedahkan sendiri Presiden PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Perwakilan PVATM Perak ke-30 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di RTC Gopeng di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, selain geran RM100,000 yang diberikan kepada PVATM Perak, kerajaan negeri turut memberi geran RM3,000 kepada setiap 44 cawangan persatuan di seluruh Perak.
Zambry dalam ucapan berkata, selain meneruskan geran RM100,000 kepada persatuan negeri, kerajaan negeri juga meluluskan tambahan RM1,000 kepada setiap cawangan, menjadikannya RM4,000.
"Dengan bantuan itu, ditambah RM2,000 yang diberikan PVATM Pusat, bolehlah cawangan menjalankan aktiviti dan pentadbiran," kata beliau.
Zambry memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus membantu rakyat, termasuk veteran tentera yang telah banyak berjasa menjaga keamanan negara.
Topic Berkaitan
#geran tahunan
#Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan