awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak perkenal enam kluster pelancongan, sasar lima juta pelancong domestik

Bernama
Bernama
29/09/2020
11:34 MYT
Perak perkenal enam kluster pelancongan, sasar lima juta pelancong domestik
NOLEE ASHILIN: Ini merupakan strategi yang kita lihat boleh diguna pakai untuk meningkatkan kedatangan pelancongan domestik pada waktu kita sedang menghadapi pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH:Kerajaan negeri menerusi Tourism Perak memperkenalkan enam kluster pelancongan di negeri ini yang menjadi tumpuan utama pelancong domestik, sekali gus diharap dapat mencapai sasaran kedatangan lima juta pelancong domestik pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata enam kluster itu adalah kluster Bandaraya Ipoh merangkumi Gopeng, Kampar dan Batu Gajah, kluster Royal Belum bermula dari Kuala Kangsar, Gerik dan Pengkalan Hulu manakala kluster Taiping meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama serta Kerian.
Tiga lagi kluster adalah kluster Manjung meliputi kawasan Perak Tengah, Lumut dan Pulau Pangkor, kluster Hilir Perak melibatkan Teluk Intan dan Bagan Datuk serta kluster Perak Selatan merangkumi kawasan Tapah dan Tanjung Malim.
"Sebagai contoh, pelancong domestik boleh menghabiskan percutian selama tiga hari dua malam dalam mana-mana kluster pelancongan dengan berkunjung ke pelbagai tempat dengan pakej penginapan yang menarik, selain mengadakan pelbagai aktiviti serta merasai makanan tradisi atau popular yang terdapat di kawasan berkenaan.
"Ini merupakan strategi yang kita lihat boleh diguna pakai untuk meningkatkan kedatangan pelancongan domestik pada waktu kita sedang menghadapi pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Semarak Pelancongan Perak 2020 di sini, hari ini.
Sementara itu Nolee Ashilin berkata fasa kedua baucar pelancongan #TravelPerakLahakan diteruskan bermula Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan penambahan sebanyak 3,000 keping baucar kepada pelancong domestik.
"Fasa kedua ini diteruskan memandangkan inisiatif kerajaan negeri memperkenalkan baucar pelancongan #TravelPerakLah fasa pertama yang bermula Julai lepas, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelancong domestik.
"Bagi fasa kedua ini, kita akan menawarkan pakej perkhidmatan bas persiaran dua tingkat, Hop-On Hop Off (HOHO) selain pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik daripada agensi pelancongan yang terpilih," katanya.
Baucar pelancongan #TravelPerakLah adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu memulihkan sektor pelancongan negeri yang terbahagi kepada dua iaitu baucar bernilai RM50 dan RM30 bagi penginapan di hotel terpilih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Perak
#Perak
#pelancongan
#kluster pelancongan
#pelancong domestik
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#Gopeng
#Kampar
#Batu Gajah
#kluster Bandaraya Ipoh
#kluster Royal Belum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan