awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak sedang kenal pasti kawasan penempatan semula mangsa banjir

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/12/2022
04:25 MYT
Perak sedang kenal pasti kawasan penempatan semula mangsa banjir
Saarani berkata, 28 buah rumah akan dibina di Kampung Air Hitam, Teluk Intan, bagi memindahkan penduduk yang sering dilanda banjir di sekitar Jalan Changkat Jong. - Gambar fail
IPOH: Perak sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk penempatan semula penduduk yang sering dilanda banjir.
Pegawai Daerah dan Tanah telah diminta mengenal pasti kawasan-kawasan berkenaan, sesuai dengan sosio-ekonomi penduduk yang terbabit.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bagi memastikan penduduk yang dipindahkan dapat meneruskan aktiviti ekonomi masing-masing seperti biasa.
"Kadang-kadang, orang yang terlibat banjir ini tinggal di tebing sungai; pekerjaannya, pendapatannya, bergantung kepada sungai.
"Jadi, kalau pasukan kita pindahkan dia jauh daripada sungai, dia pula akan hilang punca pendapatan.
"Sebab itu, apabila hendak memindahkan (mangsa banjir), kena ambil kira yang pertama, kawasan yang ditempatkan itu sesuai, lebih selamat daripada kawasan asal; kedua, tidak jauh daripada tempat mereka cari makan.
"Tetapi, Pejabat Daerah semua, kita minta supaya memahami dan melihat (keadaan), kerana kita tahu faktor climate change, dengan perubahan cuaca, banjir berlaku di banyak tempat berulang kali," katanya.
Beliau ditemui selepas program 'Selamat Pagi Saarani' di Jabatan Penyiaran Malaysia Perak, di sini, hari ini.
Saarani mengesahkan, sebanyak 28 buah rumah akan dibina di Kampung Air Hitam, Teluk Intan, bagi memindahkan penduduk yang sering dilanda banjir di sekitar Jalan Changkat Jong.
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Menurutnya, peruntukan sebanyak RM3.94 juta diluluskan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) pada 2020, tetapi tertangguh kerana pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, LPHP akan memohon peruntukan tambahan kerana kos projek berkenaan kini meningkat selepas berlaku kenaikan harga bahan binaan.
Pada 30 Nov lalu, penduduk beberapa kampung di Jalan Changkat Jong merayu agar mereka dipindahkan segera kerana sering dilanda banjir.
Malah, sepanjang November sahaja, rumah mereka dinaiki air lebih daripada dua kali, sehingga menyebabkan kerosakan banyak harta benda.
Topic Berkaitan
#banjir
#Saarani Mohamad
#penempatan semula penduduk
#penduduk Jalan Changkat Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan