awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak sedia bincang buka semula Arena Tenis Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/02/2022
07:43 MYT
Perak sedia bincang buka semula Arena Tenis Perak
Saarani Mohamad (tiga, kiri) beramah mesra dengan peniaga ketika melawat gerai jualan pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia hari ini. - Bernama
IPOH: Kerajaan negeri Perak bersedia berbincang untuk membuka semula Arena Tenis Perak untuk kegunaan pemain berdepan beberapa kejohanan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima permohonan mengenainya.
“Setelah dapat permohonan, kita kena bincanglah,” katanya pada sidang media selepas program Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Baru-baru, Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA) menggesa kerajaan negeri dan pihak berkaitan membenarkan Arena Tenis Perak dibuka semula untuk kegunaan pemain berdepan beberapa kejohanan.
Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA), Fazwil Abdul Wahid berkata, ia menjadi harapan besar gelanggang dapat dibuka secepat mungkin bagi memastikan kemudahan pemain untuk berlatih sebaiknya.
"Arena tenis ketika ini digunakan sebagai tapak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), tetapi mungkin sekarang ini 'volume' sudah tidak berapa ramai, jadi apa salahnya pindah ke dewan lain ataupun menggunakan Stadium Indera Mulia berhampiran yang sebelum ini dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.
Mengulas mengenai deposit lesen untuk bazar Ramadan yang telah mula dibuka, Saarani memberi jaminan ia akan dipulangkan sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan COVID-19.
“Kalau tidak berniaga, kita kena pulangkan balik,” ujarnya sambil berharap ia tidak akan berlaku (sekatan adakan bazar Ramadan).
Ketika ini, pihak berkuasa tempatan telah mula membuka permohonan untuk berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#arena tenis
#Perak
#Hari Bertemu Pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan