UMNO Perak mengambil pendekatan 'tidak menyembunyikan segala permasalahan di bawah karpet', sebaliknya akan membangkitkan apa sahaja isu akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata permasalahan itu akan disampaikan sebaik-baiknya oleh jurucakap yang dilantik tanpa menjejaskan kesatuan dan perpaduan parti.
Menteri Besar Perak itu berkata antara yang akan dibangkitkan pembahas dari Perak sudah tentu menjurus kepada pelbagai cabaran dalam parti termasuk isu kepimpinan selain persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Sebagai parti politik, UMNO tidak selamanya dalam persekitaran dinamik selain mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dikenal pasti untuk menghadapi PRU14.
"Bagi konteks Perak, kami berusaha mengenal pasti setiap cabaran untuk memastikan sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan berada pada tahap terbaik. Itulah yang kami bawa pada perhimpunan nanti," katanya di sini baru-baru ini.
Ditanya kemungkinan terdapat pembahas sama ada dari Perak atau negeri lain yang berhujah secara lantang termasuk mengkritik kepimpinan, Zambry berkata sebagai parti yang matang dan terbuka, ia akan didengari sebaiknya.
"Saya menjangkakan hal itu. Jangan ingat kami (pemimpin) tiada siapa yang berani menegur, tapi biarlah secara matang," katanya.
Zambry berkata apapun yang dibangkitkan tidak semestinya dilihat daripada sudut negatif, tetapi perlu dijadikan iktibar dan persiapan untuk merangka gerak kerja ke arah PRU14 seterusnya memastikan UMNO kekal relevan.
Katanya menyedari perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU14, maka segala kekurangan atau kelemahan parti yang dibangkitkan perlu diperbaiki.
Mengenai saranan beberapa penganalisis politik supaya jurucakap yang dipilih mengelak daripada sindrom lawak, Zambry mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan ia penting untuk menceriakan suasana.
"Sindrom lawak bukan fenomena dalam Perhimpunan UMNO dan saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan kita tidak serius memikirkan hal berkaitan kelangsungan parti.
"Kena ingat walaupun ada ciri yang dikatakan lawak, tapi lawak bukan sebarang lawak, ia penuh sinis dan memberi mesej besar kepada parti," katanya.
PAU 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka dihadiri lebih 3,200 perwakilan termasuk 697 dari Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 20 2016
ZAMBRY: Sebagai parti politik, UMNO tidak selamanya dalam persekitaran dinamik.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.