KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan berpandangan bahawa rakyat Malaysia dilihat sudah bersedia memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' dengan pendedahan maklumat yang begitu meluas berhubung COVID-19 sejak wabak itu melanda negara hampir dua tahun.
Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman berkata dengan jumlah vaksinasi lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi kanak-kanak yang kini giat dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengawal wabak apabila memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' bermula 1 April.
"Saya percaya kerajaan sudah memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan tentang wabak COVID-19 ini dan mereka sepatutnya mempunyai kesedaran serta membuat keputusan yang terbaik dalam melindungi diri daripada mendapat jangkitan.
"Mereka sepatutnya menjaga diri sendiri kerana maklumat telah diberikan oleh KKM sejak wabak ini melanda negara," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan.
"Kita harus tahu sebenarnya ada segelintir golongan yang tidak boleh divaksin disebabkan oleh faktor kesihatan dan golongan inilah yang perlu kita lindungi apabila negara beralih ke Fasa 'Peralihan ke Endemik'.
"Mereka ini adalah golongan rentan, berisiko tinggi serta mempunyai komplikasi serius serta berdepan dengan kematian dan oleh kerana kesan daripada COVID-19 sangat tinggi dalam kalangan mereka, sangat wajar untuk semua rakyat Malaysia mengambil berat kesihatan masing-masing dan mengamalkan cara hidup yang sihat," katanya.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata KKM sudah bersiap siaga dalam berhadapan peralihan fasa itu.
"Kita tidak perlu risau kerana KKM kini sudah mempunyai beberapa perancangan dan pelan yang rapi untuk ke Fasa 'Peralihan ke Endemik' ini berbanding waktu permulaan wabak ini melanda negara.
"Dulu kita tiada rawatan, tak bersedia, ventilator tak banyak dan tiada cara pencegahan yang betul, namun selepas dua tahun lebih banyak uji kaji yang telah dilakukan dan kita dah faham macam mana nak rawat kalau berhadapan dengan situasi yang disebabkan COVID-19 ini.
"Walaupun terdapat kes yang dimasukkan ke ICU (Unit rawatan Rapi) akibat varian baharu Omicron kita dah ada pelan tindakan yang lebih tersusun dan kita mampu untuk mengawalnya," katanya.
Dr Hanafiah juga menasihatkan mereka yang berada dalam sektor pelancongan untuk lebih berhati-hati dan mengekalkan SOP yang lebih ketat susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' bermula 1 April ini iaitu fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan. -Gambar hiasan/ Bernama
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lebih dua tahun perangi COVID-19, 1 April permulaan baharu untuk Malaysia
Mulai 1 April depan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial serta pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan dengan selamat.